=======================================================================
PENGUMUMAN penyertaan masih dibuka....


A) Seminar Membina Sahsiah Murid Cemerlang

Sukacita dimaklumkan pihak kami akan mengadakan seminar Membina Sahsiah Murid Cemerlang pada setiap hari Sabtu yang akan diadakan di Hotel Sri Malaysia, Ipoh. Jika ada sebarang permintaan ke kawasan Tuan/Puan, kami akan ke sana. Syarat utama mengikuti seminar Membina Sahsiah Murid Cemerlang ini ialah:

1. Peserta 100 orang / slot

2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi (borang, gambar terkini ukuran pasport, salinan I/C / pasport, sijil – sijil berkenaan, surat kebenaran ibu bapa/penjaga). Muatturun borang (mengikut kategori) di Sekolah Rendah Tahap 1 (Tahun 1-3)Sekolah Rendah Tahap 2 (Tahun 4-6), Menengah Rendah (Ting. 1-3), Menengah Atas (Ting. 4-5), Kolej/ Matrikulasi/ Politeknik/ IPT

3. Bayaran RM150 / peserta (yuran termasuk makan dan sewaan tempat kursus)

4. Peserta hendaklah sihat tubuh badan/ ibu bapa/penjaga hendaklah menyatakan taraf kesihatan anak pada pengelola seminar

Untuk makluman, penyertaan seminar akan ditutup pada 7 hari bekerja sebelum seminar berkenaan dilaksanakan. Contoh sekiranya ingin mengikuti kursus pada Sabtu depan, tarikh tutup penyertaan pada hari Rabu minggu sebelumnya. Ini bertujuan untuk memproses borang dan mendaftarkan personel dalam sistem.

Sila hubungi 011-20955308 atau hubungi Principal Trainer (Shahira Musa) 017-5545733 untuk sebarang maklumat berkaitan seminar ini.

Sekian dimaklumkan.

=====================================================================

69 orang Murid SMKKPP Ipoh sertai program Motivasi Membina Sahsiah Murid Cemerlang

20 November 2017, IPOH - Elmuneef Training and Consultancy telah dijemput bagi mengadakan satu program motivasi untuk murid tingkatan tiga SMK Kg. Pasir Puteh, yang bertempat di Surau SMK Kg. Pasir Puteh sempena Program Lepasan PT3. Seramai 69 orang murid tingkatan tiga telah terpilih dalam  menyertai program tersebut dari jam 8:00 pagi hingga 1:00 petang. Program ini telah diwakilkan seramai tiga orang wakil Elmuneef yang terdiri daripada barisan lembaga pengarah iaitu Presiden dan Master Trainer Elmuneef, Tn Ahmad Zaiyan Suberi (Park Yan), Pengarah Urusan Elmuneef, Cik Shahira Musa Eng.Tech., serta Tn Hafis Shah, Ketua Pengurus Cawangan Elmuneef (Bhgn: Training and Consultancy).

Ceramah "Membina Sahsiah Murid Cemerlang" telah dikendalikan sepenuhnya oleh Master Trainer, Park Yan. Program ini berlangsung dengan usahasama guru-guru unit bimbingan dan kaunseling (B&K) SMK Kg Pasir Puteh, Ipoh. 

Antara objektif program ini ialah:

  1. Menimbulkan rasa keinsafan diri.
  2. Menanamkan sikap-sikap positif dan bercita-cita besar.
  3. Menggalakkan minat belajar dan tujuan menuntut ilmu.
  4. Meningkatkan disiplin dengan cara memberi kefahaman terhadap makna dan tujuan disiplin.
Dalam program ini juga, murid ditekankan bahawa kecemerlangan akademik hendaklah seiring dengan sahsiah yang terpuji. Sahsiah terpuji dan akademik cemerlang adalah dua faktor penting perlu digilap kerana generasi muda kini yang akan mewarisi tampuk kepemimpinan negara suatu hari nanti. Sehubungan itu, mereka perlu mempunyai nilai integriti tinggi yang perlu dipupuk bermula daripada sekarang, selain komited dalam apa jua perkara dilakukan.


Semoga dengan perlaksanaan program ini, sekolah akan dapat merealisasikan segala matlamat dan impian iaitu ingin menjadi sebuah sekolah cemerlang dan gemilang seterusnya menjalinkan kolaborasi antara pihak Elmuneef dan sekolah.


"Humanize the Education"

Lampiran: 






Slot 2: Kenapa wajib belajar?





Slot 3: Adab seseoraang dalam menuntut ilmu.


Slot 4: Take action!



Barisan guru yang berdedikasi.


Dari kiri: Tn Hafis Shah, Ketua Pengurus Cawangan Elmuneef (Training and Consultancy), En. Kaliappan a/l Ramasamy, Guru SMKPPI, Shahira Musa Eng. Tech., Pengarah Urusan Elmuneef







TAWARAN MENGADAKAN SEMINAR MOTIVASI

Kami amat mengalukan dan mempelawa terutama pada warga sekolah, kolej dan mana-mana institusi pengajian tinggi untuk menjemput pihak ELMUNEEF mengadakan seminar/ ceramah/ bengkel dan pelbagai aktiviti berkaitan Ilmiah & Pendidikan di tempat anda.

Pakej bermula dari >>> RM300  ==============> RM4,500

Setiap Modul kami akan disampaikan oleh Master Trainer yang mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam bidang berkaitan. Antara Trainer kami ialah:

  1. En Ahmad Zaiyan Suberi, Master Trainer ELMUNEEF
    • CEO Mayanyata Resources
    • Presiden ELMUNEEF
    • MBA Human Resource Accounting (Liverpool)
    • Bachelor of Music
  2. Prof. Dr Zaharul
    • PhD Music Edu
    • Dekan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI
  3. Tn Hj. Zaid Mahasan
    • Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sarawak
    • Kementerian Sumber Manusia
    • Kejuruteraan
  4. En Salehudin Salleh
    • Pengarah Pembangunan Kebudayaan Malaysia
    • Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia
  5. Cik Shahira Musa Eng.Tech.Principal Trainer ELMUNEEF Home Based Learning
    • CEO/ Pengarah Urusan ELMUNEEF
    • Marketing Exe., KKMSB
    • Pentauliahan Mengajar JAIPk
    • RINA membership
    • BET. Naval Architecture & Shipbuilding, UniKL
  6. Tn Hafis Shah, Trainer ELMUNEEF
    • Ketua Pengurus Cawangan ELMUNEEF

Pakej ditawarkan dengan harga yang berpatutan dengan kos semasa. Untuk maklumat lanjut, hubungi 011-20955308 atau emel ke elmuneef@gmail.com. Pihak ELMUNEEF, akan memberi maklum balas kepada pihak tuan/puan.

MAKLUMAN !!! Lokasi Elmuneef Training and Consultancy telah berpindah ke premis beralamat NO 11A, JALAN PENGKALAN UTAMA 2,  TAMAN...