69 orang Murid SMKKPP Ipoh sertai program Motivasi Membina Sahsiah Murid Cemerlang

20 November 2017, IPOH - Elmuneef Training and Consultancy telah dijemput bagi mengadakan satu program motivasi untuk murid tingkatan tiga SMK Kg. Pasir Puteh, yang bertempat di Surau SMK Kg. Pasir Puteh sempena Program Lepasan PT3. Seramai 69 orang murid tingkatan tiga telah terpilih dalam  menyertai program tersebut dari jam 8:00 pagi hingga 1:00 petang. Program ini telah diwakilkan seramai tiga orang wakil Elmuneef yang terdiri daripada barisan lembaga pengarah iaitu Presiden dan Master Trainer Elmuneef, Tn Ahmad Zaiyan Suberi (Park Yan), Pengarah Urusan Elmuneef, Cik Shahira Musa Eng.Tech., serta Tn Hafis Shah, Ketua Pengurus Cawangan Elmuneef (Bhgn: Training and Consultancy).

Ceramah "Membina Sahsiah Murid Cemerlang" telah dikendalikan sepenuhnya oleh Master Trainer, Park Yan. Program ini berlangsung dengan usahasama guru-guru unit bimbingan dan kaunseling (B&K) SMK Kg Pasir Puteh, Ipoh. 

Antara objektif program ini ialah:

  1. Menimbulkan rasa keinsafan diri.
  2. Menanamkan sikap-sikap positif dan bercita-cita besar.
  3. Menggalakkan minat belajar dan tujuan menuntut ilmu.
  4. Meningkatkan disiplin dengan cara memberi kefahaman terhadap makna dan tujuan disiplin.
Dalam program ini juga, murid ditekankan bahawa kecemerlangan akademik hendaklah seiring dengan sahsiah yang terpuji. Sahsiah terpuji dan akademik cemerlang adalah dua faktor penting perlu digilap kerana generasi muda kini yang akan mewarisi tampuk kepemimpinan negara suatu hari nanti. Sehubungan itu, mereka perlu mempunyai nilai integriti tinggi yang perlu dipupuk bermula daripada sekarang, selain komited dalam apa jua perkara dilakukan.


Semoga dengan perlaksanaan program ini, sekolah akan dapat merealisasikan segala matlamat dan impian iaitu ingin menjadi sebuah sekolah cemerlang dan gemilang seterusnya menjalinkan kolaborasi antara pihak Elmuneef dan sekolah.


"Humanize the Education"

Lampiran: 






Slot 2: Kenapa wajib belajar?





Slot 3: Adab seseoraang dalam menuntut ilmu.


Slot 4: Take action!



Barisan guru yang berdedikasi.


Dari kiri: Tn Hafis Shah, Ketua Pengurus Cawangan Elmuneef (Training and Consultancy), En. Kaliappan a/l Ramasamy, Guru SMKPPI, Shahira Musa Eng. Tech., Pengarah Urusan Elmuneef







No comments:

Post a Comment

MAKLUMAN !!! Lokasi Elmuneef Training and Consultancy telah berpindah ke premis beralamat NO 11A, JALAN PENGKALAN UTAMA 2,  TAMAN...