Team ELMUNEEF ke Melaka

22 FEBRUARI 2018, MELAKA - ELMUNEEF (Unit Training and Consultancy) telah dijemput bagi ceramah jemputan dalam Bengkel Grooming and Personality di SM IMTIYAZ Ulul Albab, Melaka. Seramai 5 orang team telah dihantar ke sana bagi menjayakan program tersebut. Program  yang berlangsung selama 3 jam ini telah dihadiri seramai 244 orang pelajar, 12 orang guru perempuan dan 8 orang guru lelaki.

Objektifnya, program ini memberi input berkaitan etika dalam berpakaian, penampilan serta sikap semasa temuduga. Rata-ratanya, ia memberi impak yang positif dan berkesan dalam program ini. 

Harapan kami, program-program seperti ini dapat meningkatkan lagi kesedaran para pelajar berkaitan kepentingan etika dalam setiap penampilan yang berkait rapat dengan adab budaya warisan sepanjang zaman.

Kemahiran mengikat tali leher.



Kemahiran menulis resume.


Etika penampilan dalam majlis formal/informal & semiformal.


Laporan disediakan oleh,
admin

No comments:

Post a Comment

MAKLUMAN !!! Lokasi Elmuneef Training and Consultancy telah berpindah ke premis beralamat NO 11A, JALAN PENGKALAN UTAMA 2,  TAMAN...